14 Sep 2012Keluarga di office~!

Ditulis oleh Army Si Laskar
pada pukul 08:39:14
Kategori : hidup 6 Komen

alasan kapok aku ialah, lama tak update blog hehehe… anyway selain alasan tu.. aku nk letak gambar2 yang aku suka dalam blog aku nie.. (budget diari~)

Lolipop

Lolipop

bebudak busuk yang aku peralatkan setiap hari.. untuk memastikan aku ke opis tanpa berasa stereotype… so far berjaya peralatan aku ni heheheehe…kiri sekali tu aku.. no komen (tepuk dahi astaghfirullah).. masita very hardworking person.. always tolong ko dalam kesusahan, dah macam wonderpet dia nie hehehe .. ella the blur funny cute little girl.. (dunno y, still nampak ko as a little girl hehehe) very +ve person dia ni, xbanyak kerenah..  ;) .. kak bye the datin wanna be.. the vouge the vas everrrr.. senang berurusan dengan dia dalam pelbagai SUDUT kekekeke syyyhhiiiii~  ros the very good finance consultant.. agak2 ko dan boring pakai duit, suh dia simpankan.. confirm dia bg duit ko time dh pencen nanti.. retirement plan namanya.. mimpi di siang hari la nk pakai saja2 beli jajan… et peniaga berjaya (amin) daripada arab sampai negeri china dia cover.. tak payah susah2 cari barang luar negara, datang je tingkat 6 menara SAAS kakakakaakaa…

 

keluarga HEP HEP HOREY~!!

keluarga HEP HEP HOREY~!!

ini team kerja aku HEP HEP HOREY team.. very the happening n sporting team… bos kiri sekali, suka gelak tp tak pandai senyum depan kamera, aneh bos nie.. hehe tapi sgt sporting n caring kat anak buah (tak payah baca la bos n3 ni tq!).. baju biru tetiba tue along, kak long kawasan, best ajak gaduh dengan along ni.. mak kepada danish n haziq.. suka gelak tak la stress kan along kan kan kan… balik ni race jom!! maro like sharing2 wif her, satu boat.. senang sembang dengan dia (dah dah sikit udah kekekeke) n din abang long kawasan kereta modify ada kemere (tak de motif)

nak quote ayat maro dari blog dia untuk gambar ni..

If i could rearrange the letters of the ABCs,
I would put U and I together and next to each other forever

15 Aug 2012Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Ditulis oleh Army Si Laskar
pada pukul 10:52:36
Kategori : Hidayah 8 Komen

Assalamualaikum …

Esok aku dah start bercuti untuk hari raya… segala task di opis alhamdulillah settle.. cuti aku dari 16 ogos – 27 ogos olzzzzzzzz~! so boleh la aku bercengkerama di Tapah miyahahaha… ready azid arul n edi.. im comming bebeh~!!! korang kne kuatkan stamina untuk merayap dengan aku nanti… miyahahahaaa…

as usual setiap tahun aku akan design kad raya ngok ngek mengikut citarasa syok sendiri perasan gempak aku… n macam biasa ada 2 version… version personal.. n version office kekeke.. kali ni version office finalize dari tangan team aku din.. aku mmg tak kretif.. balik2 hitam hitam hitam :P tp aku rasa hitam tu sangat smart .. wut to do ngee~

Kad Raya Mira

Kad Raya Mira

ni namanya kad raya budget cute yang tak de idea dah.. mengenangkan aku skang suka lak main game cut the rope kat S3 maro, S3 lolo, ipad paktam, iphone bitz (hoi!! beli sendiri laaaaaaaaaa!!) so aku ambik je la tema game ni.. cute lak aku tgok menatang ni pakai songkok kakakakaka… so err.. tajuk kad raya nie.. senyum2 la di pagi raya.. senyum tu kan sedekah, tgok mcm katak tu.. haaaa~!!

 

Kad Raya Unit HEP

Kad Raya Unit HEP

ini pulak kad raya version unit HEP.. yang aku cuba syok sendiri.. tapi ni tak finalize lagi.. last touch up din yang buat.. kalau dari aku, aku buat mcm ni je.. mcm biasa background hitam is the best background ever ikut mata aku kakakakaa… untuk pengetahuan, maro tiada di tempat kejadian time gambar ni snap.. so terpaksa cut paste dari gambar lain tampal dalam nie.. hahahahaa… sorry la maro.. sapa suh ko cuti awal.. inilah team baru aku.. sangat sempoi team nie.. tak de masalah berurusan dengan diorang siyes.. ni bukan kata2 manis je nie, lahir dari hati tulus ikhlas sempena aidilfitri kekekekee…  semoga team ni menjadi team yang sentiasa best… along, aku, maro, en hadi dan din..

Semoga Aidilfitri ini menjadi hari kemenangan untuk umat Islam keseluruhannya.. bersyukur dengan keamanan di Malaysia, n jom kita berdoa semoga dilepaskan dari kekejaman di negara Islam yang masih belum bahagia.. amin amin amin… insyaALLAH..

Entry ramadhan tak de.. kemain ko punya Entry Raya ek??!!! hehehehe…

3 Aug 20123 Ogos 2012 = 14 Ramadhan 1433

Ditulis oleh Army Si Laskar
pada pukul 02:03:56
Kategori : Hidayah, hidup, makan dalam Tinggalkan Komen?

Assalamualaikum… lama tak update blog… memula malas nk update pasal nie.. lama2 rasa penting lak tarikh ni hehehe.. nanti2 bila baca balik, sure senyum sumbing sorang2 hehehe.. hope yang tersinggah blog nie.. tak rasa n3 aku ni poyo.. nak marah pun tak boleh, once ko dah publish n3, ko tak leh mengharapkan komen2 yg best je.. semuanya terletak pada etika dan penerimaan si pembaca.. bak kata yang selalu di war2kan dlu oleh Tun Mahathir… dunia tanpa sempadan.. kita sendiri la yang menetapkan border pada diri sendiri ;)

3 Ogos 2012 genap 3 tahun aku bekerja di UiTM Shah Alam.. alhamdulillah… sepanjang 3 tahun ni, aku dah berkhidmat dengan 3 unit ..  terima kasih kerana sudi memberi aku pengalaman dan pengajaran yang berbeza.. semua unit ada perisa tersendiri.. aku mengharapkan yang terbagus dalam Unit yang sedang aku menabur khidmat ini.. dan terima kasih yang aku tak lafaz2kan lagi.. erm… insyaALLAH…

alhamdulillah surat sah aku dah terima seawal bulan April kalau tak salah aku.. bagi membolehkan aku digelar pekerja tetap UiTM.. apa pun sindiran dari orang2 yang tak paham kerja dan usaha aku untuk terus hidup dalam dunia serba serbi perlukan nilai nie, aku telan je hidup2.. sebab aku tau ALLAH Maha mengetahui, kau motor yaMAHA pun tak de..  sengeh sorang2..kekeke..

zaman sekarang ni.. bukan setakat perlu ukur hebatnya kawan bila time kita dalam kesusahan.. skang ni untuk mengukur kehebatan seorang kawan pun perlu lihat bila time kita senang.. hebat tak rancangan ALLAH.. tambah2 di bulan Ramadhan nie.. ALLAH semahunya mahu memberi pahala kepada umatnya.. ALLAH menguji aku dengan kesabaran dan air mata.. (ceewah) ..

azid.. arul.. edi.. miss korang.. raya jom ronggeng sampai kne call dengan parents masing2 “korang tak ingat nak balik dah kee? BALIKKK!!”

hati aku sudah kering.. air yg keluar dari mata rupanya dari basahnya hati :)

 

18 Jul 2012Jangkaan, Debaran, Tekaan

Ditulis oleh Army Si Laskar
pada pukul 23:11:02
Kategori : jiwa, makan dalam Tinggalkan Komen?

jangkaan aku sipi2 pun susah nak kene…

debaran hati aku tak de kene mengene…

tekaan aku biasanya ntah ape2…

ayat ‘mungkin’ aku jangan sekali2 ambil kire…

 

but now…

…hati aku terdetik

…otak aku ligat berfungsi

…keputusan sudah disediakan mengikut situasi

… jika  jangkaan, debaran dan tekaan aku kali ini tepat.. padahnya sama mcm orang2 sebelum kau..

…jangan berani predict aku.. sebab tekaan debaran jangkaan kau juga akan salah, macam yang selalu aku teka dan jangka jugak lah… WOW berlagaknya kan.. tapi ini semua dari hati.. jangan cuba2 berani :”>

 

dun walk away until u find something better 4 u.. n make sure, make some scar to them b4 u leave – myra cullen

3 Jul 2012printscreen je jemss~!

Ditulis oleh Army Si Laskar
pada pukul 19:52:44
Kategori : Kurang Hidayah, Ronggeng, Syok Sendiri 2 Komen

sangat lama aku tak update blog.. kisah2 aku masih sama.. cuma perubahan2 yg sedikit2 itu yang membuat aku lebih bermakna.. bila aku terasa jurang bezanya nanti, akan ku khabarkan.. layankan saja dulu coretan kawan2 aku yang masih gila dan aku masih sayang.. ::wink::

 

kalau rajin klik image.. kalau tak rajin scroll sampai bawah.. kalau pemalas nampak itu pintu kuar..??

alma1

alma dan aku jalan2 tepi pantai...

 

alma2

bersembang bersama angin pantai *cewah

 

alma3

alma dan aku sama2 seorang yang kewl~ *sila abaikan ekspresi muka.. deym~

 

alma4

mangsa dalam gambar dan dialog juga seperti aku huhuhu

 

alma5

roger2 insan2 yang belum muncul2 di tempat kejadian di pantai remis

 

alma6

menikmati bayu darat / laut *korang google sendri, aku dah lupa siang bayu ape.. miyahahaha

 

alma7

niat memusnahkan ikan2 belacak yang sedang bertungkus lumus melawan ombak kekeke

 

alma8

menantian kehadiran alma yang penuh penyiksaan :P

 

alma9

masih ...

 

alma10

geram geram geram aku dengan cameraman nie.. tergamak dia buat jahat kat auntie kesayangan aku yg gojes ni *merujuk auntie mira

 

ronggeng pengerat silatulrahim.. jgn perkecilkan ikatan ini.. KAU ADE?? hik hik hik

 

4 May 2012Aku tersesat menuju hatimu

Ditulis oleh Army Si Laskar
pada pukul 19:42:07
Kategori : Kurang Hidayah 6 Komen
Backpackers in Red

Backpackers in Red

 

Lama gak aku tunggu gambar beramai2 nie.. hari kemuncak acara backpack di Langkawi.. tak berapa jumpa motif n3 ni.. cuma penghibur di kala lara.. (apa kes) sebelum aku merepek dengan lebih lanjut layan la lagu yang aku sedang anggau ni (masih tiada kaitan..)

 

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkanku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu

Reff:
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Kau titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa

Repeat reff [2x]

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Dapatkah selamanya kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

title + gambar + lagu = tak de kaitan kakakakaka

26 Apr 2012Backpackers ke Pulau Langkawi (gambar)

Ditulis oleh Army Si Laskar
pada pukul 15:07:19
Kategori : Ronggeng, Uncategorized 19 Komen

Assalamualaikum …

hey u there.. (gedik) aku nak merepek2 ni.. kalau sudi layan la sampai noktah.. kalau jeles kuar je la kekeke… 5 April 2012 lepas.. geng Backpackers ke Utara pulak.. pemilihan Pulau Langkawi tahun nie… nama pun backpackers, mesti la thrill.. so kitorang pilih transport ke sana dengan keretapi.. tak la thrill sangat… cuma ramai sangat rupanya yang jakun tak pernah naik keretapi lalalala (lalala).. ehh bukan aku ek.. cuma aku tak pernah ambik katil dalam keretapi.. eee sukeee (opsss).. dah arr layan je la gambar.. malas type (konon)

KFC di dalam keretapi

KFC di dalam keretapi

lepak ramai2.. gelak ramai2.. makan ramai2.. makan ke hep si lak tue.. nasib baik laa tak de sesapa sound kitorang memekak dalam tren tue.. dalam hati nyumpah tatau lak.. semua aktiviti tu reramai, cuma kemere ni muat 3 org je hehehe..

Makan cekelat b4 tido sangat sihat

Makan cekelat b4 tido sangat sihat

Ishh.. napa laaa ambik gambar time aku naik shyehh feel makan cekelat tu.. pas makan tu aku tido.. memang plan nak menternak lemak pun, maklumlah bakal berpenat2 di langkawi (alasan).. pas kejadian ni aku terus tidoo… tak la tido sangat.. tapi tido la jugak..

Good Morning!

Good Morning!

Good Morning u olz.. gambar ni aku cilok dari twitter bitz.. best ngeng lelepak atas katil main ipad paktam sambil tengok suasana pagi sawah padi kat luar.. member depan aku tu, member sekolah rendah + menengah aku.. nama dia Hoo Phui Leng.. dia 1st time join trip backpackers nie.. aku ajak dia join trip kali nie.. next time jom ikut lagi tau hehehehe

Pose tepi toilet dalam tren

Pose tepi toilet dalam tren

Time ni boleh pulak berkumpul tepi toilet pas tu posing comel2.. menurut feza gambar ni dia suka.. aku mengesyaki dia suka pose pis sengeh ngadap blakang tu kot.. n satu lagi dia sedang pakai suar rock kesayangan dia.. opss terungkit plak.. jangan menetes boi..

Sampai Kuala Perlis

Sampai Kuala Perlis

tadaaaa… dah sampai Kuala Perlis..sila lihat beg yang aku galas tu… n sila hapal saiznya. sebab nak suh compare dengan beg balik nanti plak.. giler nak nangis beg time balik.. rasa nak jahit roda kat bawah beg tue.. tarik je.. berat ngeng huhuhuu..

Posing b4 sarapan di Kuala Perlis

Posing b4 sarapan di Kuala Perlis

setelah ditipu oleh yed mengatakan ferry kol 930 pagi .. driver teksi pecut siap potong 2 teksi bebudak lain.. senget2 gak la kitorang dalam teksi tu time dia konar baring.. rupa2nya yed tipuuuuuu… ferry kol 1030 rasanya.. so masa sejam yang tertipu tu kitorang manfaatkan sebaik mungkin lepak makan… bestnye kene tipu, pasal boleh relaks.. tu kat kedai makan Jati Kuala Perlis.. thanks to yed yang sponsor nasik lemak.. kuih muih.. air aku tak sure sapa sponsor ari tue.. thx pada yg terlibat…

Masa makan pun boleh pose peee

Masa makan pun boleh pose peee

haaa.. sedap la plak aku tgok nasik lemak tue… banyak woo yed belikan…katak makan sampai 4 bungkus.. dalam perut dia ada baby jin… so jangan heran..

Basuh muka kat masjid

Basuh muka kat masjid

Masjid Al Hussain

Masjid Al Hussain

lepas makan2 kitorang g ke masjid Al-Hussain untuk basuh muka.. berus gigi.. ketatkan ikatan sanggul.. betulkan tudung sengget.. pin balik tudung yang terkulai.. yeaay semuanya di sini…

Dah sampai jeti Langkawi

Dah sampai jeti Langkawi

tadaaaa sekali lagi dah sampai Jeti Pulau Langkawi… inilah pekerja sukarelawan yang sanggup membawa troli sampai ke van.. encip bitz dan encip paktam… 2 2 muka bangun tido… kebas kot montot dalam ferry.. sejam setengah duduk dilambung ombK… aku sempat tido gak dalam ferry tue…

Bersedia untuk Island Hoping

Bersedia untuk Island Hoping

errr… tadaaaaa dah bersiap nak ber Island Hoping.. inilah antara peserta yang akan memberatkan boat nanti.. akulah yang paling ringan kat situ.. sila percaya…

Mira tanpa pis

Mira tanpa pis

ini adalah cubaan berposing tanpa pis.. haaa pelik kan pelik kan.. aku terpaksa sengetkan kepala sikit supaya tak jadi mcm gambar pasport.. korang tak caya… kalau tak pis, gambar tak meriah.. haa kan kan.. siap background opaq.. sebuk je..

Naik bot laju wooo

Naik bot laju wooo

haaaa giler laju brader ni bawak.. sangat best… siap kne pegang palang time dia bawak laju wooo… siap lap kiri lap kanan.. perghhh i loike.. one mo bro.. one more… wooohuuuu~!

Sampai di Tasek Dayang Bunting

Sampai di Tasek Dayang Bunting

haaa dah lap2.. sampai dah kat Tasik Dayang Bunting.. kene berjalan sikit ke tempat dituju… jauh tak jauh.. dekat tak dekat gak la… tapi suara seka2 gak la tarik napas laju2 time bersembang…

Dayang Bunting

Dayang Bunting

haaa nampak tak… kanan tu muka dia tetengah tu perut di dayang… kuasa ALLAH… SUBAHANALLAH

Yed samesop~!!

Yed samesop~!!

ni aksi samesop riak si yed… tere berenang boleh la nak samesop banyak2 kali… aku low profile.. tanak pakai life jeket, bukan pasal blagak.. tp aku rasa tak confident pakai menatang tue.. mcm tatau aku tertonggeng ke arah mana kalau pakai menatang tue.. so aku pegang jeket tu je dalam air kekekeke.. best woooo… sampai alergic aku balik dari tasik nie.. haa hambik ko.. puas ati aku kakakaka

Naik bot lepas mandi manda di Dayang Bunting

Naik bot lepas mandi manda di Dayang Bunting

dah splash splash kat tasik.. kita naik boat sempoi brader tu balik… nasib brader tu tak tinggalkan kitorang.. kalau tak berkawan la dengan berok2 kat situ.. eeee geram ingat berok2 tu… i hate berok plz la paham.. sejak dulu kini dan selamanyaa… sangat jahat berok2 nie.. aku tak suka.. suka ambik barang orang yang dipegang.. suka buli2 orang lain.. i hate berokkk!! haaa pueh ati.. (nape lak gambar ni jadi mangsa aku lepas geram kat berok..)

Bagi burung helang makan

Bagi burung helang makan

kami di kawasan helang… brader boat taburkan cebisan ayam dalam air.. banyak burung helang datang ambik makanan tu n makan… burung helang makan sambil terbang tau… ishh tak de adap.. cuba duduk bebetul makan…

Pulau ular

Pulau ular

3 ular yang seksi.. sekian..

Nak balik chalet dah

Nak balik chalet dah

kuar dari boat katak dah mereng.. siaaan nengoknyee.. yang lain muka menten ceria.. walau otak dah gegar masing2 naik bot terhuyung hayang..

Berkelah di malam hari

Berkelah di malam hari

ni lah acara malam hari.. bergotong royong mengerjakan bahagian masing2.. kat sni kelihatan feza memotong carrot.. sangat bersungguh2, nasib kaki dia kebelakang, kalau tak mgkin paktam mangsa sepakan penaltinya.. katak menapis serbuk kopi dengan teknik tebuk2 lubang pada cawan.. paktam nampak kepala je, tak perasaan pekerjaannya.. kak niz duduk di kerusi pendek.. bit nampak separuh.. haa baju biru tu baju aku.. wah details penerangan aku..

Pembakaran ayam

Pembakaran ayam

haaaa ada pun gambar gua pegang kipas.. sangat bersungguh okey cuma merentungkan ayam2 itu.. lolo n opaq main laga2 pinggan lak.. dulu zaman sudin dengan zaiton, laga2 botol.. kaki kiri errr erm.. katak kot… kaki kanan aku rasa seliper pink bitz.. berusaha sungguh aku part caption ni kakakaka

Ella call nyanyi hepi besday

Ella call nyanyi hepi besday

Hepi besday 2 me.. hepi besday 2 me.. hepi besday to me me n paktam… hepi besday to me.. n paktam.. ishh jadi tak sedap lagu ada nama paktam (apa lagi sentap la cepat kakakaka) time ni ella call aku nyanyi lagu besday… aku confuse memula perancangan diorang tetiba je ella call aku.. sian paktam patut jadi besday boi.. dia jadi mangsa keadaan lak.. dun worry paktam.. kita kongsi kek ni key.. hepi beday weh~!

Bersedia untuk bergayut dengan Cable Car

Bersedia untuk bergayut dengan Cable Car

Laskar merah.. ni baru sebahagian daripada kami kami yang akan bergayut di cable car.. muka sorang2 sangat xcited.. xcited?? tipu… semua muka disuruh jangan pandang kemere sebenarnya.. tp ada yg tak paham arahan pandang kemere gak.. hahahaha..

Queue nak naik cable car

Queue nak naik cable car

Time ni tengah queue nak naik cable car.. sila lihat muka feza.. muka kau time ni sangat cham cham okey… yee yee jawapan ko ari tu “dah aku ibu cham cham” tapi sila paham ayat aku.. muka ko sangat ke cham cham man.. siyes.. alolololooo totomey (sila montah)

Posing motif tak clear

Posing motif tak clear

aku sendiri tak clear apa motif aku posing mcm nie.. mungkin aku sedang menahan diri dari buat jari pis.. so sampai cam tu sekali lari konsep nye gambar aku.. ok dah gambar aku caption simple je..

Mengadap diorang dalam cable car

Mengadap diorang dalam cable car

3 makhluk ni ngadap aku dalam cable car… tapi aku lebih rela mengadap kehijauan gunung ganang dari ngadap muka diorang time ni kakaka.. sangat cantik pemandangan dari atas nie.. ada air terjun.. nampak laut.. nampak hutan.. ALLAHUAKBAR…

Jambatan tinggi

Jambatan tinggi

berjalan2 di tengah panas di atas jambatan gantung ni pun sangat feel… walau jambatan ni goyang2 sikit.. tp aku tak gayat sangat… siap buat cubaan tgok bawah sambil berjalan… perghhh sangat cantik… cuma cuaca agak panas.. tapi slamber gak lepak situ 2 round…

Posing version gayat

Posing version gayat

Merenung langit

Merenung langit

pose ni diarahkan oleh nissah… ok i loike thic pica… daaann.. jari aku tak pis.. pasal pose ni konon2 tak sedar la kan… kalau pis kang org tau lak aku buat2 tak sedar..

Posing daring Paktam

Posing daring Paktam

pose ni ada motif… sekadar nk tunjuk design blakang baju tue… wah wah paktam.. sampai 2 kemere snap gambar ko.. budget hero remaja la tue.. pooodah

Tinggi bukan?

Tinggi bukan?

Makan lepas bergayut

Makan lepas bergayut

Penat bergayut… jom lepak tepi laut pekena laksa, mee rojak, laicikang seround… aku makan tak habis.. time selera aku tidak mencanak2.. slow2 je aku makan kat sni… tp suasana dia ok.. just owner kedai ni muka mintak lempang…. kerek.. mulut busuk.. muka ketat.. puihh~!

BACKPACKers

BACKPACKers

ooo ini bukan untuk dijual… ini beg beg yang digunakan untuk mengangkut bertan2 cekelat.. oo mana beg tarik lolo… tu penghulu segala beg tue… atau beg yang bawak tefal.. haaa style gak tu kalau jd ketua beg kakakaka

Test Bag

Test Bag

cubaan test keberatan beg masing2… beg aku lg berat la aku rasa… trip next time memang aku kene filter bebetul… 5 helai baju tak pakai kat sana… bawak jenjalan je baju2 tu huhuhu…

Tak de motif II

Tak de motif II

gambar ni pun tak de motif gak..tetiba add add add.. ehh apasal ada lak gambar nie kakakaak….

Berbaris nak naik ketapi

Berbaris nak naik ketapi

ni kat station keretapi perlis… time ni tengah tunggu keretapi sampai.. sampai langkawi melenggang… balik dari langkawi hambik ko.. semua berplastik2.. ntah apa dalam plastik tu ntah nyee.. time ni penat la gak, pasal dah mcm xplore race je lagaknya… berlari2 anak pasal takut terlambat… sekali keretapi delay plak.. kol 730mlm baru sampai.. seminit je dia berenti, giler la.. tengah setup beg, keretapi dah gerak.. terhuyung hayang la we olz.. kakaka

berjalan mencari gerabak yang betul

berjalan mencari gerabak yang betul

Keretapi dah sampai

Keretapi dah sampai

(wave) yed.. (wave) opaq~!

(wave) yed.. (wave) opaq~!

keretapi dah bergerak… opaq ikut yed.. pasal opaq nak balik kelate terus dari kedah… bye bye yed.. bye bye opaq.. jumpa lagi next time… walau diorang jauh2.. tetap sama di hati aku… ceeeeewah~!

Lepak rumah katak lak

Lepak rumah katak lak

tadaaaa…. dah sampai KL… lepak seround kat rumah katak.. kemain mak dia jamu kitorang ada jagung rebus.. ada bubur kacang.. ada gulai kambing.. ada ikan keli… perghh…. jagung settle.. bubur kacang makan.. sedap.. terima kasih makcik kerana sudi menjamu gua, nissah n feza.. kemain suka ko jagung tu ek.. kakakaka.. muka ko penuh nafsu time makan jagung tu kakakka….

di McD di LCCT

di McD di LCCT

time ni nak hantar feza balik JB.. kitorang hantar ke LCCT je… thx feza blanja McD.. jangan lupa janji2 manis ko.. kita kasi hepPENING Sabah… jangan lupa berlatih berenang dari skang.. aku malas nak selamatkan ko kalau ko jerit help help help.. (kerek, padahal tatau berenang gak) ingat gak angan2 kita… setup rumah kasi gothic… lepak pas tu ko masak kakakaka… banyak lak pesanan untuk ko.. pooodah…

terima kasih kerana sudi jadikan aku sebahagian dari hidup korang.. diri aku rasa ‘hidup’ dengan menjadikan korang juga sebahagian daripada kegembiraan aku.. (jiwang)!! NEXT SABAH!!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Page 1 of 4812345...102030...Last »